Tuesday, March 17, 2015

Q&A : Khidmat Guaman & Perniagaan Enterprise





From: xxx@gmail.com)

To: radziandco@yahoo.com

Sent: Thursday, March 12, 2015 12:01 AM

Subject: Tentang Khidmat Guaman & Perniagaan Enterprise


Salam Tuan Radzi&Co,

Pertama sekali,terima kasih kerana telah memberi layanan yang baik pada orang baru seperti saya ini dengan memberi jawapan tentang cukai enterprise/pendapatan pada soalan yang lepas. Saya amat menghargai pertolongan tuan.

Saya ada beberapa soalan tentang undang-undang yang saya nak mohon pencerahan dari Tuan.

Soalannya adalah:

1.Saya ada dapat satu kerja yang memerlukan ikatan perjanjian diantara syarikat saya dan syarikat satu lagi .Memandangkan syarikat beliau sudah lama dalam perniagaan dan berstatus SDN BHD,syarikat itu mempunyai peguam mereka sendiri,untuk syarikat saya pula adalah Enterprise,dan saya tiada lagi menggunakan khidmat peguam,adakah saya memerlukan peguam juga ketika hendak menandatangani perjanjian tersebut?

2.Berapakah kadar harga untuk khidmat guaman untuk menguruskan urusan seperti perjanjian kontrak dan lain-lain?

3. Adakah saya memerlukan khidmat konsultansi untuk meneraju perniagaan enterprise ?

Maaf jika soalan ini terlalu banyak,jika Tuan tidak keberatan harap boleh memberi jawapan untuk soalan-soalan ini. Harap saya tidak meyusahkan pihak Tuan.

Sekian ,Terima Kasih.





JAWAPAN
Waalaikumsalam,

Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami. Berikut merupakan maklumbalas berhubung soalan yang telah diajukan :
1.      Keperluan Peguam

Melantik seorang peguam untuk kegunaan perniagaan masing-masing adalah terpulang kepada individu dan pemilik perniagaan itu sendiri. Khidmat guaman diperlukan mengikut situasi dan keadaan. Pihak Tuan boleh melantik Peguam sekiranya perlu.

2.      Kadar harga khidmat guaman

Pihak Tuan bolehlah merujuk kepada Firma Guaman yang berdaftar jika ingin mengetahui kadar khidmat guaman untuk menguruskan urusan seperti perjanjian kontrak dan lain-lain yang berkaitan.

3.      Khidmat konsultansi

Khidmat konsultansi adalah terpulang kepada pemilik perniagaan itu sendiri jika ingin melantik individu yang berpengalaman dan mempunyai lesen yang berdaftar.

Jika Syarikat Sendirian Berhad, mereka telah mempunyai Setiausaha Syarikatnya. Fungsi Setiausaha Syarikat adalah lebih sebagai wakil Syarikat dalam dokumen undang-undang Akta Syarikat 1965 dan bertanggungjawab dalam membimbing dan memberi panduan nasihat untuk memastikan Syarikat dan Pengarah Syarikat tersebut beroperasi dalam batas undang-undang.

Walau bagaimanapun badan perniagaan kecil yang didaftar di bawah Pendaftaran Perniagaan (ROB) dikecualikan untuk melantik Setiausaha Syarikat. Oleh itu, jika pihak Tuan memerlukan khidmat konsultansi, ianya terpulang kepada keperluan dan kehendak perniagaan itu sendiri.

Sekian. Harap penerangan di atas dapat membantu