From: xxx@hotmail.com
To: mr.radzi@yahoo.com
Sent: On Thursday, June 4, 2015 1:51 AM
Subject: Pertanyaan tentang Audit
Salam En. Radzi
Saya & rakan kongsi mempunyai sebuah Syarikat Sdn Bhd dan terdiri
daripada 5 orang staff.
Syarikat kami bermula pertengahan tahun 2013 hanya
bertahan 4 bulan selepas menghadapi masalah kewangan. Akhirnya
kami menutup segala operasi akhir 2013 syarikat sehingga
sekarang 2015.
Rekod Hilang
Masalah yang kami hadapi sekarang ini
adalah berkenaan dengan audit kerana rekod transaksi
telah hilang dalam komputer akauntan dan yang tinggal dengan kami hanyalah buku
check, bank statement.
Akauntan kami juga tidak mahu berkerjasama untuk melakukan audit. Apakah
penyelesaian terbaik untuk kami dan syarikat yang sudah tidak menjalankan
operasi hampir 2 tahun.
Kos & Kompaun @ denda
Berapakah kos yang kami tanggung untuk
melakukan audit.
Sekiranya kami tidak mempunyai wang,
apakah kesan terhadap kami dan syarikat.
Sekian terima kasih Tuan Radzi.
JAWAPAN
Waalaikumsalam,
Terima kasih kerana mengajukan soalan
kepada pihak kami. Berikut merupakan maklumbalas berhubung soalan yang telah
diajukan :
1. Penyediaan
akaun untuk diaudit
Pihak Syarikat bertanggungjawab
dalam menyediakan perakaunan yang lengkap pada setiap tahun kewangan
mengandungi perkara-perkara berikut:
· Kunci
Kira-kira
· Penyata
Untung Rugi
· Lejar
Am
· Jurnal
Am
· Penyata
Penyesuaian Bank
Dokumen
ini perlulah disimpan selama 7 tahun bagi tujuan Percukaian dan Perniagaan.
Untuk menyediakan perakaunan yang lengkap, Syarikat perlulah menyimpan dan
merekodkan semua transaksi yang melibatkan :
· Bank
dan tunai
· Belanja-belanja
am seperti bil elektrik, bil telefon, petrol, tol, sewa, dan lain-lain belanja
yang berkaitan dengan Syarikat.
Syarikat boleh menyediakan sendiri
akaun Syarikat tersebut ataupun mengupah pihak tertentu untuk menyediakan akaun
bagi pihak Syarikat. Sekiranya memilih untuk mengupah orang menyediakan akaun
Syarikat, semua dokumen seperti yang disebutkan di atas perlu disediakan
Berdasarkan
persoalan Tuan berkaitan rekod yang hilang, transaksi akaun boleh juga
dilakukan berpandukan Penyata Bank Syarikat, buku cek dan juga makluman yang
ada. Jika tiada rekod penyimpanan, Tuan boleh merekod pada kadar yang terbaik
dan munasabah.
2. Kos,
kompaun atau denda
Setiap Syarikat perlulah menghantar
Laporan Beraudit untuk setiap tahun yang terlibat walaupun Syarikat itu tidak
menjalankan apa-apa aktiviti perniagaan.
Anggaran yuran Audit adalah bergantung
kepada garis panduan yang telah diberikan oleh Malaysian Institute of
Accountant (MIA). Yuran audit adalah berdasarkan jumlah Pendapatan Kasar
setahun atau jumlah Aset sesebuah Syarikat (yang mana lebih tinggi).
Untuk makluman pihak Tuan, bagi
Syarikat tidak aktif, yuran Audit adalah serendah RM800 tidak termasuk
perbelanjaan lain (disbursement).
Kompaun atau denda akan dikenakan oleh
pihak Suruhajaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN).
SSM akan mengenakan denda dan kompaun
seperti berikut untuk setiap tahun yang terlibat:
- Denda lewat serahsimpan Penyata Tahunan ke SSM : RM50 – RM150;
- Kompaun
tidak mengadakan Mesyuarat Anggota Lembaga : RM1,000 untuk Syarikat dan
RM4,400 untuk setiap Pengarah
Adalah dinasihatkan untuk menyemak
status kompaun terkini dengan pihak SSM ataupun Setiausaha Syarikat.
LHDN pula akan mengenakan penalti ke
atas Syarikat sekiranya tidak atau lambat menghantar Borang Cukai Syarikat.
Penalti akan dikenakan adalah sebanyak 20% - 30% daripada cukai Syarikat
sekiranya ada.
Syarikat wajib menyelesaikan
kerja-kerja audit, penghantaran ke SSM dan LHDN. Syarikat akan menanggung
kos-kos yang semakin meningkat setiap tahun. Adalah dinasihatkan untuk menutup
sahaja Syarikat jika tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk meneruskan
operasi perniagaan tersebut.
Sekian. Harap
penerangan di atas dapat membantu
Saya & rakan kongsi mempunyai sebuah Syarikat Sdn Bhd dan terdiri daripada 5 orang staff.
Syarikat kami bermula pertengahan tahun 2013 hanya bertahan 4 bulan selepas menghadapi masalah kewangan. Akhirnya kami menutup segala operasi akhir 2013 syarikat sehingga sekarang 2015.
Rekod Hilang
telah hilang dalam komputer akauntan dan yang tinggal dengan kami hanyalah buku check, bank statement.
Akauntan kami juga tidak mahu berkerjasama untuk melakukan audit. Apakah penyelesaian terbaik untuk kami dan syarikat yang sudah tidak menjalankan operasi hampir 2 tahun.
Kos & Kompaun @ denda
Sekian terima kasih Tuan Radzi.