Thursday, December 18, 2014

Bursa kekal tinggi pada tengah hari



KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia kekal tinggi hingga tengah hari ini, seiring dengan bursa lain di rantau ini, kata peniaga. Pada jam 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 20.3 mata atau 1.21 peratus lebih tinggi kepada 1,702.2, selepas berlegar antara 1,688 dan 1,704.85 pada sesi pagi. Seorang peniaga berkata Bursa Malaysia dipengaruhi pemulihan pasaran saham rantau lain dengan pasaran Jepun, Nikkei 225 menokok 411.39 mata kepada 17,231.12, manakala pasaran Indonesia, Jakarta Composite naik 59.91 mata kepada 5,095.56, dan Straits Times di Singapura, meningkat 10.81 mata kepada 3,238.04. Bagaimanapun, di Hong Kong, Hang Seng susut 84.66 mata kepada 22,585.84.Dalam pasaran tempatan, Indeks Kewangan naik 105.66 mata kepada 15,088.14, Indeks Perusahaan menokok 36.02 mata kepada 3,079.97 dan Indeks Perladangan turut bertambah 114.96 mata kepada 7,514.62. Indeks FBM Emas naik 163.04 mata kepada 11,690.64, Indeks FBMT100 menokok 148.64 mata kepada 11,437.18, manakala Indeks FBM ACE meningkat 218.86 mata kepada 5,481.8, dan FBM 70 naik 213.24 mata kepada 12,730.5.
Sentimen pasaran positif dengan saham untung secara ketara mengatasi rugi iaitu 672 berbanding 144, 173 kaunter tidak berubah, 735 tidak diniagakan manakala 16 lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 1.15 bilion saham bernilai RM834.77 juta. Antara saham wajaran tinggi, Maybank naik tujuh sen kepada RM8.51, TNB menokok 28 sen kepada RM13.42, Public Bank susut 12 sen kepada RM17.50, Axiata meningkat 12 sen kepada RM6.92 dan Sime Darby naik 26 sen kepada RM9.08.
Kaunter aktif, termasuk Sumatec naik satu sen kepada 24 sen, Systech dan Perisai Petroleum masing-masing naik tiga sen kepada 22 sen dan 46.5 sen manakala PDZ menokok setengah sen kepada 15 sen. 

SUMBER:http://www.bharian.com.my/node/23972

Wednesday, December 10, 2014

Harga minyak sawit mentah ditutup rendah






KUALA LUMPUR: Harga niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup tinggi hari ini setelah muncul semula minat belian, kata seorang peniaga. Pakar produk derivatif Phillip Futures Sdn Bhd, David Ng, berkata sentimen pasaran positif berikutan anggaran eksport yang menggalakkan oleh penyelidik kargo. Menurut Intertek Testing, eksport produk minyak sawit Malaysia bagi 10 hari pertama Disember naik 1.7 peratus kepada 407,425 tan berbanding 400,614 tan pada tempoh yang sama bulan lepas. Ng berkata, data daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) juga membantu merangsang pasaran MSM hari ini.Menurut MPOB, stok minyak sawit meningkat 5.2 peratus kepada 2.28 juta tan pada November berbanding 2.16 juta tan yang dicatatkan pada bulan sebelumnya. "Pengeluaran dilihat memuncak dan mula kitaran hasil yang rendah. Kami menjangka pengeluaran yang rendah pada bulan akan datang," kata Ng.
Semasa pasaran ditutup, Disember 2014 menambah RM33 kepada RM2,140 satu tan dan Januari 2015 meningkat RM38 kepada RM2,168 satu tan.Februari 2015 menokok RM45 kepada RM2,175 satu tan dan Mac 2015 menambah RM44 kepada RM2,179 satu tan.Jumlah dagangan melonjak 56,489 lot berbanding 43,120 lot semalam manakala kepentingan terbuka naik kepada 254,557 kontrak daripada 238,949 kontrak sebelumnya.Di pasaran fizikal, Selatan Disember meningkat RM20 kepada RM2,170 satu tan.

SUMBER:http://www.bharian.com.my/node/22487/RABU, 10 DISEMBER 2014 @ 8:41 PM

Jabatan Akauntan Negara diminta tingkat aktiviti penguatkuasaan




KUALA LUMPUR: Jabatan Akauntan Negara Malaysia diminta supaya meningkatkan aktiviti penguatkuasaan serta menambah baik dan memperketatkan sistem kawalan dalaman bagi mempertingkatkan lagi pengurusan Wang Tidak Dituntut (WTD). Menurut Laporan Ketua Audit Negara tahun 2013 Siri 3, kriteria dan pemilihan kes untuk pemeriksaan WTD perlu memberi fokus kepada syarikat atau firma yang berisiko.

"Pada pendapat Audit, matlamat penguatkuasaan Akta WTD 1965 tidak tercapai kerana skop Bahagian Pengurusan Amanah dan Sekuriti (BPAS) belum meliputi pengesanan syarikat atau firma yang tidak menyerahkan WTD," demikian menurut laporan itu.

Akauntan Negara Malaysia dilantik sebagai Pendaftar WTD dibawah Akta WTD 1965.Peranan Pendaftar WTD itu dijalankan oleh BPAS, Jabatan Akauntan Negara dan sehubungan itu, BPAS bertanggungjawab memastikan penguatkuasaan Akta WTD 1965 dilaksanakan dengan berkesan dan sistematik.Laporan Ketua Audit berkata BPAS perlu menyediakan senarai semak sebagai Prosedur Operasi Standard yang perlu dipatuhi oleh semua pegawainya semasa pemeriksaan WTD.
Sejak penubuhan unit WTD, BPAS berjaya meningkatkan jumlah serahan Wang Tak Dituntut sebanyak RM3.844 juta dari tahun 2005 hingga 2012.Sementara itu, Laporan itu turut menyebut data serahan WTD yang terdedah kepada unsur pindaan boleh mengundang risiko penyelewengan. 

"Sehubungan itu, penambahbaikan proses memuat naik data serahan maklumat empunya WTD (UMA-3) ke dalam sistem Borang Daftar Wang Tak Dituntut (G-UMIS) perlu dilaksanakan," kata laporan itu.

Antara pelaksanaan yang dicadangkan ialah UMA-3 dalam bentuk Microsoft Excel perlu dibuat dalam format dilindungi daripada sebarang pindaan serta mempunyai elemen kawalan.
Antara kelemahan sistem kawalan dalaman ialah maklumat WTD dalam UMA-3 berbentuk salinan digital yang diterima daripada entiti boleh dibuat pindaan sebelum dimuat naik ke dalam Sistem G-UMIS.


SUMBER:http://www.bharian.com.my/node/16800

Sunday, December 7, 2014

IFRS 9 TO AFFECT BANKS, INSURERS







What will be the impact of the IASB's fourth and final version of its new standard on financial instruments accounting - IFRS 9 Financial Instruments?

According to KPMG, the biggest impact will be on banks, while also significant for insurers.

 Chris Spall, KPMG’s global IFRS financial instruments leader, said:
“The new standard is going to have a massive impact on how banks account for credit losses on their loan portfolios. Provision for bad debts will be bigger and are likely to be more volatile”.

Non-convergence between between US GAAP and IFRS will also mean a lack of comparability costs for those banks that have to prepare figures under both accounting frameworks.

 Colin Martin, head of KPMG UK assurance services, banking, said:
‘‘A major issue for banks and investors in banks will be how adoption of the new standard will affect regulatory capital ratios. Banks will need to factor this into their capital planning and we expect that users will be looking for information on the expected capital impacts”.

Other corporate should not automatically assumes that the impact of the classification and measurement and impairment requirements of the new standard will be small, as it depends on the exposures they have and how they manage them. Planning for IFRS 9 adoption-including implementation of the new hedge accounting requirements published in 2013 - is expected to be an important issue for corporate treasures and accountants generally, said Spall.


sources:The Malaysians Institute of Accountants,Accountants Today,Sept/Oct, 2014



Wednesday, December 3, 2014

PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN


From: xxx@yahoo.com

To: radziandco@yahoo.com

Sent: Thursday, November 3, 2014 2:26 PM

Subject: INGIN MENDAPATKAN NASIHAT DAN TUNJUK AJAR

Assalamualaikum. Saya En. XXX dari Sabah, Kota Kinabalu. Bisnes yang menarik minat saya ialah ingin memilik syarikat pengangkutan (Bas Ekspress).

Jika saya ingin memulakan menjalankan perniagaan seperti yang saya sebutkan di atas, apakah jenis perniagaan yang sesuai dengan bisnes yang saya ingin tubuhkan ini atau bagaimana cara mendaftarkannya nanti?

Saya ada baca tentang Syarikat Sendirian Berhad, Trading atau Enterprise. Saya kurang pasti bisnes ini kategori apa? Apa yang bersesuaian kerana di saya ingin mendapatkan nasihat daripada pihak anda, apa atau bagaimana cara untuk saya memulakan perniagaan ini dengan betul.

Terima kasih

JAWAPAN

Waalaikumsalam,

Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami. Berikut merupakan maklumbalas berhubung soalan yang Tuan ajukan :
A.    JENIS-JENIS PERNIAGAAN
Perniagaan boleh dilakukan dengan memilih entiti yang bersesuaian dan kehendak perniagaan itu sendiri. Antara yang digunakan adalah melalui :
 1.Milikan Tunggal (Enterprise) -Bagi entiti Milikan Tunggal (Enterprise), ianya mudah ditubuhkan dan ianya adalah milik perseorangan. Bagi yang melebihi seorang (1), 
  maka entiti Perkongsian boleh dipilih untuk ditubuhkan.  
2. Syarikat Sdn. Bhd. - Syarikat Sdn. Bhd. pula memerlukan sekurang-kurangnya 2 orang ahli Syarikat.

B.     PERBEZAAN
Perbezaan Enterprise dan Sdn. Bhd. boleh dibezakan melalui saiz, pengagihan keuntungan, percukaian, jaminan, risiko, tanggungan dan sebagainya.
 1.      Keuntungan dari segi agihan
  a.    Pemilik perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise) berhak ke atas kesemua keuntungan perniagaan
  b.    Manakala Syarikat Sdn. Bhd., Pengarah dan Pemegang Saham adalah merupakan entiti berbeza.
  c.     Keuntungan yang diperolehi adalah milik Syarikat.
 d.  Pemegang saham hanya boleh mendapat dividen manakala para Pengarah boleh mendapat ganjaran atau gaji (Director Remuneration) sekiranya diluluskan oleh pihak Pemegang Saham.

2.      Jaminan (Security)
Enteprise
   a.       Disebabkan Enterprise dan pemiliknya adalah satu entiti, segala hutang atau masalah perniagan ditanggung oleh pemiliknya.
   b.      Apabila perniagaan dikenakan tindakan undang-undang, pihak ke-3 (penuntut) boleh menarik harta benda pemiliknya melalui arahan mahkamah.
   c.       Tiada jaminan diberikan kepada perniagaan Milikan Tunggal (Enterprise).
Sdn. Bhd.
   d.      Manakala Syarikat Sdn Bhd tiada kaitan dengan pemiliknya.
   e.       Bila Syarikat dibubarkan, para pemegang saham tidak terjejas.
  f.       Jaminan untuk Syarikat Sdn. Bhd. bergantung kepada jumlah saham yang dilaburkan dan persetujuan bersama.
   g.      Pelabur akan berasa kurang selamat jika melabur dalam entiti Milikan Tunggal dan kebiasaanya pelabur memilih entiti Syarikat Sdn. Bhd.

3.      Liabiliti (Tanggungan)
   a.       Liabiliti Syarikat Sdn. Bhd. akan terhad atau berhenti setakat Syarikat Sdn. Bhd. (jumlah saham yang dilabur)
  b.      Sedangkan Milikan Tunggal (Enterprise) akan melibatkan pemilik sepenuhnya dan boleh menyebabkan tindakan oleh mahkamah.

C.    PANDANGAN
Perniagaan Enterprise
Pihak Tuan boleh membuka perniagaan Milikan Tunggal / Enterprise. Perniagaan Enterprise ini perlulah menyediakan 1 set penuh perakaunan yang mengandungi item di bawah :
   a.       Lejar Am (General Ledger)
   b.      Jurnal Am (General Journal)
   c.       Imbangan Duga (Trial Balance)
   d.      Penyata Untung Rugi dan Kunci Kira-kira (Balance Sheet and Income Statement)
   e.       Penyata Penyesuaian Bank (Bank Reconciliation)
   f.       Jadual aset tetap beserta susut nilai
Penyata Perakaunan untuk Enterprise tidak perlu diaudit.
Akan tetapi, Penyata Perakaunan perniagaan ini perlu diisytiharkan hasil pendapatannya kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) setiap tahun melalui cara :
   a.       Penyediaan pengiraan cukai perniagaan pada 31 Disember setiap tahun.
   b.      Penyediaan Borang B untuk pemilik Perniagaan setiap tahun.

Syarikat Sdn. Bhd.
Jika melibatkan modal dan usaha yang banyak dalam perniagaan, Syarikat Sdn. Bhd. bolehlah ditubuhkan. Walaupun kos agak tinggi berbanding Enterprise, namun ianya mempunyai banyak kelebihan.
Secara amnya, Syarikat Sdn. Bhd. kebanyakkan ditubuhkan bagi mereka yang agak serius dan komitmen dengan perniagaan mereka. Syarikat Sdn. Bhd. juga dilihat sebagai lebih professional dan selamat kerana ia dapat memastikan kesinambungan Syarikat itu akan berterusan.
Prosedur-prosedur Syarikat Sdn. Bhd. adalah tertakluk dibawah Akta Syarikat 1965.

D.    KESIMPULAN
Pada pandangan kami, jenis perniagaan yang boleh ditubuhkan adalah terpulang kepada individu itu sendiri dan juga sejauh mana individu itu komitmen dalam menjalankan perniagaan tersebut.
Kesimpulannya, perbezaan antara Enterprise dan Syarikat Sdn. Bhd. adalah:
   a.       Penyata perakaunan tidak perlu diaudit
  b.  Tiada Laporan Tahunan yang perlu diserah simpan kepada SSM bagi Milikan Tunggal dan    Perkongsian.
   c.     Penubuhan Milikan Tunggal dan Perkongsian lebih mudah.
  d.    Kelemahan – setiap urusan berkaitan dengan SSM tidak boleh diwakilkan oleh pihak ketiga. Tidak seperti Syarikat Sdn. Bhd. yang boleh diwakilkan oleh Setiausaha Syarikat.

Sekian. Harap penerangan di atas dapat membantu