Dalam merealisasikan
matlamat negara untuk mencapai status maju, sokongan dan dokongan
profesional sangat penting. Satu daripada golongan profesional yang memainkan
peranan penting untuk tujuan ini ialah akauntan.
Selain menjadikan
profesion ini terus relevan di peringkat negara dan dunia, profesion ini
berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran.
Masalah inilah sebenarnya yang cuba dibincangkan oleh Profesor Dr. Kamil Md. Idris dan Profesor Dr. Ayoib Che Ahmad dalam artikel mereka berkaitan draf Pelan Induk Pendidikan Institut Akauntan Malaysia (MIA) yang disiarkan oleh Utusan Malaysia barubaru ini.
Ia merupakan maklum balas
terhadap kenyataan Presiden MIA berkenaan isu sama yang turut disiarkan dalam
Utusan Malaysia.
Ramai masyarakat
tertanyatanya apa sebenarnya yang berlaku dalam profesion perakaunan pada masa
sekarang. Malah ada yang bertanya kepada penulis sama ada kursus perakaunan
yang ditawarkan oleh universitiuniversiti tempatan sudah tidak lagi mempunyai
nilai.
Jika tidak bernilai,
mengapa harus mereka menghantar anak mereka belajar kursus perakaunan di
universiti tempatan.
Kebimbangan ini memang
sukar untuk dirungkai. Jawapan kepada setiap persoalan yang dikemukakan juga
harus dijawab dengan berhatihati.
Namun apa yang pasti
penulis merasakan bahawa perkara ini merupakan satu isu yang amat penting
diberi perhatian oleh semua pihak termasuklah ahliahli akademik, para pelajar,
pihak kerajaan dan masyarakat perniagaan.
Berdasarkan apa yang
dibincangkan secara umum di media berkaitan isu ini sama ada oleh pihak
akademik dan MIA, dapatlah dirungkai tiga situasi yang mendorong perdebatan
mengenai profesion perakaunan pada ketika ini.
Pertama, MIA dikatakan
mempunyai rancangan untuk meminda Akta Akauntan 1967 dengan menggugurkan Jadual
1 dalam akta tersebut. Apa yang terkandung dalam Jadual 1 tersebut?
Berdasarkan maklumat
daripada laman sesawang MIA, Jadual 1 menyenaraikan kursus perakaunan peringkat
diploma dan ijazah sarjana muda yang ditawarkan oleh universitiuniversiti
tempatan yang diiktiraf oleh MIA. MIA telah ditubuhkan oleh kerajaan sebagai
badan pengawal akauntan bertauliah di negara kita.
Impak kepada rancangan ini
sangat besar kepada universiti tempatan dan para pelajarnya. Jika dilaksanakan
graduan tempatan tidak boleh terus menjadi akauntan bertauliah seperti
sekarang. Mereka terpaksa menduduki peperiksaan lain pula jika berhasrat untuk
menjadi akauntan bertauliah.
Perkara inilah yang
menjadi persoalan besar di kalangan ahli akademik dan juga pengamal perakaunan
seperti Persatuan Firma Firma Akauntan Bertauliah Melayu Malaysia (AMCAFM).
Tambahan pula ijazah
sarjana muda perakaunan di universitiuniversiti tempatan mendapat pengiktirafan
badanbadan kualiti tempatan dan antarabangsa seperti Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Persekutuan Akauntan Antarabangsa
(IFAC), Piawai Pendidikan Antarabangsa (IES) dan lainlain lagi.
Kedua, setiap graduan
dikehendaki mendapatkan kelayakkan daripada badanbadan profesional untuk
melayakkan mereka menjadi akauntan bertauliah. Ini bermaksud graduan tempatan
perlu menduduki peperiksaan yang dikendalikan oleh badan profesional perakaunan.
Kebiasaannya, badan
perakaunan profesional dikendalikan oleh badan antarabangsa yang beroperasi di
negaranegara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain. Caj yuran yang
dikenakan agak mahal dan jumlah pelajar yang lulus peperiksaan tersebut adalah
tidak ramai.
Natijahnya ialah berlaku
pengaliran keluar wang negara berjuta juta ringgit setiap tahun. Soalan
peperiksaan yang terlalu sukar juga boleh menyebabkan pelajar terpaksa
menduduki peperiksaan tersebut berulangulang kali dan ini akan meningkatkan kos
pengajian berkali ganda.
Ketiga, sasaran kerajaan
untuk meramaikan akauntan bertauliah pada masa hadapan dikhuatiri terjejas
dengan perubahan yang dirancang tersebut. Ini kerana peperiksaan profesional
adalah sukar dan tidak semua pelajar yang menduduki akan berjaya lulus.
Ada juga unsur tersembunyi
atau agenda tertentu oleh badan profesional di sebalik peperiksaan yang
dikendalikan yang mungkin kita tidak tahu.
Hal ini dibimbangi akan
merencatkan pertambahan bilangan akauntan bertauliah terutamanya di kalangan
bumiputera Melayu pada masa akan datang.
Hasrat MIA untuk
meningkatkan 25 peratus akauntan bertauliah Melayu dan 60,000 akauntan
bertauliah di seluruh negara menjelang 2020 harus dipuji. Namun, sasaran
tersebut adalah sesuatu yang dirasakan sukar untuk dicapai jika perancangan
tersebut dilaksanakan.
Berdasarkan kepada kesemua
situasi yang mendorong kepada perdebatan mengenai profesion perakaunan pada
ketika ini, dapatlah disimpulkan bahawa isu ini perlu diberi perhatian oleh
ahliahli akademik, pihak MIA dan pihak kerajaan. Usaha perlu digerakkan bagi
membolehkan perbincangan semeja dilakukan yang melibatkan pihakpihak
berkepentingan ini.
Jika ketelusan, integriti,
kebertanggungjawaban menjadi teras kepada prinsipprinsip dalam perakaunan dan
etika yang harus dimiliki oleh seseorang akauntan, maka masyarakat ingin
melihat praktis amalan ini dilaksanakan oleh pihakpihak tersebut. Isu ini harus
ditangani dengan sebaik mungkin.
Dengan membiarkan isu ini
menjadi semakin kompleks dan tiada usaha menyelesaikannya segera dicari, maka
sudah pasti akan menjejaskan kredibiliti dan persepsi awam terhadap akauntan
secara umumnya.