Thursday, December 18, 2014

Bursa kekal tinggi pada tengah hari



KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia kekal tinggi hingga tengah hari ini, seiring dengan bursa lain di rantau ini, kata peniaga. Pada jam 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 20.3 mata atau 1.21 peratus lebih tinggi kepada 1,702.2, selepas berlegar antara 1,688 dan 1,704.85 pada sesi pagi. Seorang peniaga berkata Bursa Malaysia dipengaruhi pemulihan pasaran saham rantau lain dengan pasaran Jepun, Nikkei 225 menokok 411.39 mata kepada 17,231.12, manakala pasaran Indonesia, Jakarta Composite naik 59.91 mata kepada 5,095.56, dan Straits Times di Singapura, meningkat 10.81 mata kepada 3,238.04. Bagaimanapun, di Hong Kong, Hang Seng susut 84.66 mata kepada 22,585.84.Dalam pasaran tempatan, Indeks Kewangan naik 105.66 mata kepada 15,088.14, Indeks Perusahaan menokok 36.02 mata kepada 3,079.97 dan Indeks Perladangan turut bertambah 114.96 mata kepada 7,514.62. Indeks FBM Emas naik 163.04 mata kepada 11,690.64, Indeks FBMT100 menokok 148.64 mata kepada 11,437.18, manakala Indeks FBM ACE meningkat 218.86 mata kepada 5,481.8, dan FBM 70 naik 213.24 mata kepada 12,730.5.
Sentimen pasaran positif dengan saham untung secara ketara mengatasi rugi iaitu 672 berbanding 144, 173 kaunter tidak berubah, 735 tidak diniagakan manakala 16 lain digantung. Jumlah dagangan sebanyak 1.15 bilion saham bernilai RM834.77 juta. Antara saham wajaran tinggi, Maybank naik tujuh sen kepada RM8.51, TNB menokok 28 sen kepada RM13.42, Public Bank susut 12 sen kepada RM17.50, Axiata meningkat 12 sen kepada RM6.92 dan Sime Darby naik 26 sen kepada RM9.08.
Kaunter aktif, termasuk Sumatec naik satu sen kepada 24 sen, Systech dan Perisai Petroleum masing-masing naik tiga sen kepada 22 sen dan 46.5 sen manakala PDZ menokok setengah sen kepada 15 sen. 

SUMBER:http://www.bharian.com.my/node/23972